Friday, May 4, 2007

Hari Pertama

Alhamdulillah, setelah lebih dari dua tahun berada dibumi UK ni demi untuk mendapatkan segulung ijazah bergelar PhD akhirnya tercapai juga rancangan untuk sembang-sembang (Sembang-sembang berisi - SSB) dengan rakan-rakan seperjuangan, sesama wanita, untuk sama-sama kongsi masalah, pengalaman, pandangan dan sbgnya, yang mana pada kali ni SSB ini telah dikhaskan untuk kaum wanita sahaja samada single, bergelar isteri dan/atau seorang ibu.

Walaupun dalam masa yang singkat (2/3 jam), alhamdulillah kami banyak berbincang, meluahkan perasaan, sama-sama menyelesaikan masalah masing-masing dan tak lupa juga support kepada sahabat-sahabat seperjuangan.

Oleh kerana terasa perlunya peluang untuk sama-sama meluahkan masalah, pandangan dan juga support daripada kawan-kawan, maka tertubuhlah blog ini yang ditujukan khas untuk kaum wanita yang samada sedang atau sudah tamat PhD untuk sama-sama berkongsi ilmu atau pengalaman masing-masing. InsyaAllah, semoga ianya dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan lain yang masih dalam perjuangan dan juga yang bakal berjuang dalam mendapatkan PhD ini. InsyaAllah.

Jadi, untuk sesiapa sahaja yang sudi untuk berkongsi ilmu, pengalaman, masalah, persoalan dan sbgnya, bolehlah email kepada ummu-rahimi untuk dimasukkan sebagai contributor. Segala sumbangan yang relevant amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Well done. Satu usaha yang murni. Supaya semua kisah yang bakal ditulis akan menjadi panduan sedikit sebanyak kepada bakal student PhD wanita terutamanya ibu2 dan isteri.