Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama sekali minta maaf kepada sesiapa yang menunggu-nunggu article yang bakal dipaparkan kat blog ni. Setakat ni masih tiada lagi penulis yang mampu untuk berkongsi bersama pengalaman yang ada. Teringat kata-kata dari seorang sahabat:
"Mungkin sudah tahu tapi belum mahu atau, mungkin sudah mahu tapi belum mampu."
Saya sendiri pun masih tidak berapa mampu (dari segi masa) untuk sesama berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada. InsyaAllah untuk kali ni saya cuba kongsikan bersama tujuan asal kita membuat PhD. Semoga ianya menjadi peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat semua.
PhD Sebagai Proses Peningkatan/Perkembangan Diri (PhD as a Process of Self Development)
Pertamanya, mari kita semua betulkan niat kita dalam membuat PhD ini. Memang tujuan mula-mula dulu mungkin untuk naik pangkat ke, saje nak tambah ilmu ke atau berbagai tujuan yang kita niatkan. Tapi, ingatlah segala sesuatu itu bermula dengan niat. Seperti dalam hadis nabi (Sahih Al-Bukhari, vol 1:1):
Berkata Umar bin Al-Khattab r.a.: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Ganjaran setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang akan mendapat ganjaran mengikut apa yang dia niatkan. Jadi, jika seseorang itu berhijrah kerana habuan dunia atau kerana perempuan yang mahu dinikahinya, maka hijrahnya akan menghala kepada perkara yang ditujuinya."
Oleh kerana niat adalah teras segala amalan kita dan mebuat PhD adalah salah satu daripada amalan yang baik, jadi hendaklah kita sertakan dengan niat yang baik. Walaubagaimanapun, jika diniatkan bukan kerana Allah, ianya tidak memberikan apa-apa faedah. Jika kita niat untuk dunia, dunialah yang kita dapat.
Keduanya, jadikanlah masa membuat PhD ini sebagai masa untuk peningkatan diri samada dalam bidang yang kita kaji atau dalam bidang ilmu akhirat (agama).
Sekali lagi diingatkan, jika ada yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman, boleh email ummu-rahimi untuk jadi contributor atau, boleh saja diberi article utk saya post kat sini samada bagi pihak penulis asal atau sebagai anonymous.